Mission News

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YDH CP DATO MANCHA ANAK ATA, PESURUHJAYA POLIS SARAWAK

16 April 2024 1 views

PYT Ambassador Fenny Nuli, Pengarah di Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri telah mengadakan kunjungan hormat kepada YDH CP Dato Mancha Anak Ata, Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada Selasa, 16 April 2024.

Beberapa perkara telah dibincangkan semasa pertemuan tersebut. Antaranya adalah isu-isu konsular yang melibatkan rakyat Malaysia di luar negara khususnya penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

Ambassador Fenny juga menjemput wakil daripada Polis Kontinjen Sarawak untuk menyertai program kesedaran berkaitan kes-kes konsular khususnya yang melibatkan rakyat Sarawak. Program kesedaran dengan kerjasama TVS dijangkakan akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Turut hadir SAC Mohd Taufik Toh bin Abdullah, Ketua Cawangan Khas IPK Sarawak, SAC Wong Ing Fung, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Mohd Taufik Toh bin Abdullah, Ketua Cawangan Khas Sarawak dan ACP James anak Jonathan, Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak dan Pegawai kanan IPK Sarawak.

Share:
Link copied to clipboard
Back