Satu siri kunjungan hormat ke atas orang-orang kenamaan Sarawak oleh Duta Besar – Duta Besar Malaysia kelahiran Sarawak telah diadakan pada penghujung Februari dan awal Mac 2023. Mereka telah diiringi oleh Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri.
Amb. Hendy Asan dan Amb. Gloria Tewet telah menerima Watikah Pelantikan mereka sebagai Duta Besar Malaysia ke Vatican City dan Brazil masing-masing DARI Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada 9 Februari 2023 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Semasa di Sarawak, mereka telah membuat kujungan hormat ke atas YAB Premier Sarawak, YB Timbalan Premier- YB Timbalan Premier Sarawak dan juga YB Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti serta YB Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak & Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
