
Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak Bil. 1 Tahun 2021 telah di atas pada 28 Jun 2021 pada pukul 10.30 pagi secara atas talian. Sekitar 170 orang wakil dari pelbagai Jabatan dan Agensi Persekutan di Sarawak telah hadir di Mesyuarat tersebut yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Amir bin Omar, Setiausaha Persekutuan Sarawak.
Di antara perbentangan yang telah dibuat semasa Mesyuarat tersebut adalah mengenai situasi terkini wabak Covid-19 di Sarawak oleh wakil daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan perkembangan projek-projek pembangunan di Sarawak oleh wakil daripada Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU).
Pejabat Wilayah Sarawak telah diwakil oleh Encik Monty Ludan.