Mission News

MESYUARAT TINDAKAN-TINDAKAN BAGI MENGHADAPI WABAK WUHAN CORONAVIRUS, BIL. 5, 10 FEBRUARI 2020, PETRA JAYA, KUCHING

11 February 2020 1 views

Mesyuarat Tindakan-Tindakan Bagi Menghadapi Wabak Wuhan Coronavirus Bil. 5 telah diadakan pada 10 Februari 2020 di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat bersama di antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutan bagi mendapatkan maklumat mengenai situasi terkini wabak Coronavirus di Malaysia dan di seluruh dunia serta membincangkan tindakan-tindakan yang diambil untuk membendung wabak ini dari terus menular.

 

Mesyurat yang dipengerusikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangakap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Kementerian Luar Negeri diwakili oleh Encik Monty Ludan, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak.

Encik Monty Ludan, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, mewakili Kementerian Luar Negeri di Mesyuarat Tindakan-Tindakan Bagi Menghadapi Wabak Wuhan Coronavirus Bil. 5 di Petra Jaya, Kuching.

YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tengah) mempengerusikan Mesyuarat yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back