HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN UNDANGAN N.20 SUNGAI BAKAP, PULAU PINANG
Surat pemakluman dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertarikh 6 Jun 2024 berkenaan ketetapan 6 Julai 2024 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Permohonan undi pos bagi semua Kategori termasuk bagi Kategori 1B – Pengundi Pos Luar Negara telah dibuka bermula 6 Jun 2024 (Khamis) dan akan ditutup pada 13 Jun 2024 (Khamis).
Semua permohonan baharu bagi pemilih berdaftar di Bahagian tersebut boleh dibuat secara atas talian dengan berdaftar melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.
Bersama-sama ini dilampirkan infografik berkaitan:-
1. Cara Pendaftaran
2. Cara Semakan dan
3. Cara Mengemaskini Alamat serta Status) untuk kegunaan Malawakil dalam menghebahkan kepada diaspora Malaysia di negara penempatan.
Maklumat lanjut berkaitan pilihan raya kecil ini juga boleh diperoleh melalui pautan di https://www.spr.gov.my/ms/permohonan-undi-pos-pilihan-raya-kecil-prk-dewan-undangan-n20-sungai-bakap-pulau-pinang.


