Sempena bulan Ramadan pada tahun ini, Kedutaan Besar Malaysia di The Hague telah menganjurkan satu Majlis Berbuka Puasa bersama diaspora Malaysia di Belanda pada 28 Februari 2026 di Bangunan Canseri.
Majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan penyediaan juadah utama secara 'rewang' oleh pihak Kedutaan dan diaspora Malaysia manakala juadah sampingan telah disediakan secara ‘potluck’ oleh PERWAKILAN The Hague dan tetamu yang turut hadir.
Selain berbuka puasa dengan aneka lauk dan kuih-muih Malaysia, majlis juga disusuli dengan solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih secara berjemaah. Semoga silaturahim yang kian lama terjalin antara pihak Kedutaan dan diaspora Malaysia di Belanda kekal utuh dan semakin rapat.




