Mission News

Pendaftaran Pengundi Tidak Hadir (PTH)

11 January 2012 1 views

 

 
PENDAFTARAN PENGUNDI TIDAK HADIR
 
Untuk makluman, Pendaftaran Pengundi Tidak Hadir atau PTH kini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan serta memenuhi syarat sepertimana yang termaktub dalam Peraturan 2. Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
 
Sepertimana Peraturan di atas, Pengundi Tidak Hadir (PTH) adalah golongan yang dibenarkan mengundi secara Pos yang terdiri dari anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya.
 
Warganegara Malaysia yang berada di Belanda yang berkelayakan serta memenuhi syarat seperti yang dinyatakan di atas adalah dialu-alukan untuk mendaftar sebagai PTH di Kedutaan Besar Malaysia di The Hague. Syarat serta cara pendaftaran adalah seperti berikut:
 
 a)       Datang ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di The Hague pada waktu            pejabat (9.00 Pagi – 4.00 Petang) dengan membawa bersama Kad            Pengenalan serta Surat / SijilPengesahan dari Universiti (bagi pelajar sepenuh  
           masa sahaja).
 b)       Mengisi Borang Pendaftaran Pemilih (Borang A) yang disediakan dengan lengkap.
 c)       Semak Borang Pendaftaran yang telah diisi dan pastikan semua maklumat yang
           diberikan adalah betul sebelum menurunkan tandatangan.
 d)       Turunkan tandatangan
 e)       Simpan salinan Borang Pendaftaran (salinan berwarna kuning) sebagai bukti
           pendaftaran atau sebagai rujukan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih.
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kedutaan melalui nombor telefon 0703506506 atau email kepada malhague@kln.gov.my  
Share:
Link copied to clipboard
Back