Pada 23 April 2026 (Khamis), Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Kathmandu, Nepal telah melaksanakan Program bersama Alumni MTCP di Makan Mantra@Nomnom Restaurant, Kathmandu, Nepal. Seramai lebih kurang 30 alumni dan bakal peserta MTCP telah hadir ke program ini. Program alumni MTCP ini antara objektifnya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara alumni dan bakal peserta dengan KBM Kathmandu disamping beramah mesra. Secara tidak langsung, mereka dapat memberikan impak kepada kedua-dua negara Malaysia-Nepal dalam merealisasikan hasil penglibatan mereka di dalam program MTCP mengikut kursus yang telah dihadiri oleh masing-masing.











