Mission News

FORUM SEMBANG PENDIDIKAN - KE MANA ARAH KITA, 8 OKTOBER 2011

21 December 2011 1 views

 

Pada hari Sabtu, 8 Oktober 2011, Pengerusi PERWAKILAN New Zealand dan isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi, YBhg. Datin Norini Mokhtar telah dijemput untuk menjadi Ahli Panel Forum Sembang Pendidikan - Ke Mana Arah Kita anjuran Kelab UMNO Wellington. Forum telah diadakan di Universiti Victoria Wellington. 

Forum diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tajaan dalam bidang pendidikan dan perguruan mengenai prospek alam pekerjaan yang akan ditempuh sejurus selepas tamat pengajian; dan juga untuk membuka peluang kepada tetamu yang hadir untuk memahami perkembangan kerjaya perguruan dan sistem pendidikan Malaysia. Ahli-ahli panel lain yang turut dijemput ialah Cikgu Elias Hashim, rakyat Malaysia yang kini bermastautin di New Zealand dan pernah menjadi Ketua Bidang Geografi di Scotts College, Wellington dan Puan Salmah Kassim, Atase Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia. 

Forum tersebut berjaya menarik kehadiran seramai lebih dari 150 orang pelajar dan juga merupakan upacara pertama Pengerusi PERWAKILAN dapat bertemu dan beramah mesra dengan komuniti pelajar Malaysia di Wellington. 






Share:
Link copied to clipboard
Back