Pada 11 Oktober 2011, pemimpin persatuan pelajar dari Wellington Malaysian Student Organisation (WMSO) yang diketuai oleh Saudara Sharil Azrin Damiri, Presiden WMSO, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Dato' Mazlan Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi, bertempat di Bilik Tetamu Canseri. Kunjungan hormat itu diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Majlis Tertinggi WMSO Sesi 2011/12 kepada TYT Dato' yang baru tiba di New Zealand pada 16 Ogos 2011.
2. Kesempatan itu juga diambil untuk menjemput TYT Dato' dan YBhg. Datin untuk menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan WMSO yang akan diadakan pada 14 Oktober 2011 bertempat di Hotel Intercontinental, Wellington. Semasa pertemuan tersebut, TYT Dato' telah menasihatkan pelajar-pelajar untuk bekerja keras demi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang sekaligus akan mengharumkan nama Malaysia di kalangan masyarakat tempatan. TYT juga mengalu-alukan penglibatan aktif pelajar-pelajar Malaysia dalam aktiviti ko-kurikulum seperti sukan, kebudayaan, dan persatuan untuk mengasah bakat kepimpinan dan mengembangkan bakat terpendam di kalangan ahl-ahli persatuan.
3. Sementara itu pada 20 Oktober 2011 pula, Majlis Tertinggi Kelab UMNO Wellington (KUW) yang diketuai oleh Saudaran Muhammad Fitri Ahmad turut mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Dato' bertempat di Bilik Mesyuarat Canseri. TYT Dato' dan Saudara Muhammad Fitri telah bertukar-tukar pendapat mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh KUW pada tahun 2012 bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ahli-ahli kelab, dan juga ahli-ahli persatuan pelajar Malaysia yang lain. TYT Dato' telah mengingatkan semua pelajar peripenting untuk bekerjasama dengan semua persatuan pelajar Malaysia di New Zealand untuk bersama-sama mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai lapangan yang diceburi oleh pelajar Malaysia di New Zealand.