Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2011 yang dihoskan oleh TYT Dato’ Mazlan Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi dan YBhg. Datin Norini Mokhtar telah diadakan pada 31 Ogos 2011 dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Majlis dihadiri oleh kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada rakyat dan pelajar Malaysia yang berada di New Zealand khususnya Wellington.
2. Majlis dimulakan dengan takbir, Solat Sunat Hari Raya dan bacaan khutbah yang dipimpin oleh Saudara Mohamad Farid, pelajar tahun 2 jurusan TESL di Victoria University of Wellington. Seterusnya, Majlis Rumah Terbuka diadakan dan tetamu telah disajikan dengan hidangan seperti rendang, sate, kuah kacang, nasi impit, mee goreng, dan kuih-muih seperti karipap, popia goreng, samosa, agar-agar, kek pisang, tart nenas, biskut dahlia, biskut cornflakes, dan kuih ros.
3. Suasana pada hari itu meriah bagaikan satu temasya muhibah yang dihiasi dengan gelak tawa dan kemesraan bagaikan satu keluarga besar yang dapat mengubat kerinduan dan ingatan kepada keluarga di Malaysia.