Majlis resepsi bersempena Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand bertempat di Rumah Malaysia. Majlis makan tengah hari tersebut telah berlangsung dari jam 1.30 hingga 4 petang dan dihadiri oleh kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pelajar yang berada di New Zealand.
2. TYT Dato’ Hasnudin Hamzah memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan beliau yang antara lain mengingatkan semua hadirin yang hadir tentang kepentingan muhibah dan perpaduan, dan iltizam beliau untuk bekerja bersama-sama semua rakyat Malaysia di New Zealand untuk memastikan nama baik Malaysia terus terpelihara dan dihormati. Tetamu telah disajikan dengan hidangan seperti nasi lemak, rendang, sate, mihun, dan kuih-muih seperti karipap, popia goreng, kuih bakar, kaswi, dan lepat pisang.
3. Suasana di Rumah Malaysia pada hari itu bagaikan satu temasya muhibah yang dihiasi dengan gelak tawa dan kemesraan dalam satu keluarga besar yang bagaikan membantu mengubat kerinduan dan ingatan kepada keluarga di Malaysia.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia
New Zealand
| 8 Jun 2009 |