Mission News

Sambutan Aidilfitri di New Zealand meriah

21 September 2009 1 views

Biarpun beribu batu jauh dari keluarga terdekat dan sahabat handai, rakyat Malaysia di New Zealand terutamanya di ibu negaranya di sini tetap merayakan Aidilfitri dengan meriah. Tarikh 1 Syawal yang disambut pada Ahad di negara ini, dimulakan dengan solat Aidilfitri dan bertakbir yang dianjurkan oleh pusat Islam di seluruh New Zealand termasuk di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini. 
Selesai solat Aidilfitri, kira-kira 300 jemputan termasuk penuntut universiti tempatan, rakyat Malaysia yang bekerja di negara ini dan orang perseorangan turut dijamu dengan hidangan dan juadah hari raya di Dewan Bunga Raya di suruhanjaya berkenaan. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Dato' Hasnuddin Hamzah, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia New Zealand, Dr Rosli Mohammed, dan pegawai serta kakitangan suruhanjaya berkenaan. 
Dato' Hasnuddin turut mengadakan rumah terbuka di kediaman rasminya di Khandallah, dekat sini bermula jam 2 hingga 6 petang waktu tempatan. Rakyat Malaysia di sini juga meneruskan tradisi kunjung mengunjung yang diamalkan di tanah air.

Share:
Link copied to clipboard
Back