Mission News

WORKING VISIT BY THE PRIME MINISTER OF NEW ZEALAND, HONOURABLE JOHN KEY TO MALAYSIA, 25-27 OCTOBER 2009

22 October 2009 1 views


The Prime Minister of New Zealand, Honourable John Key, will undertake a Working Visit to Malaysia from 25-27 October 2009. The Hon. John Key will be accompanied by Hon. Tim Groser, Minister of Trade, New Zealand, senior officials and a group of more than 60 leading New Zealand’s businessmen and CEO’s. This would be the first visit by Prime Minister John Key to Malaysia since assuming the premiership in November 2008.
 
Prime Minister John Key will be in Malaysia to establish a working and personal bond of friendship with YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Prime Minister of Malaysia.  He will also witness the historic signing ceremony of the Malaysia-New Zealand Free Trade Agreement (MNZFTA) by Y.B Minister of International Trade and Industry, Y.B Dato’ Mustapa Mohamed and Hon. Tim Groser, Minister of Trade of New Zealand, on 26 October 2009. The FTA with New Zealand will be Malaysia’s third bilateral FTA with foreign countries after Japan and Pakistan.
 
While in Malaysia, Hon. John Key will meet with YAB Prime Minister, Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak in Putrajaya. This would be the first official meeting between both leaders since taking office. The two leaders are expected to discuss and exchange views on bilateral, regional and international issues of mutual interest.  YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak will also host a dinner in honour of Prime Minister John Key in the evening of 26 October 2009.

 
 
Ministry of Foreign Affairs, Malaysia
PUTRAJAYA
 
 

23 October 2009
 
 
KENYATAAN AKHBAR
 
LAWATAN T.Y.T JOHN KEY, PERDANA MENTERI NEW ZEALAND
KE MALAYSIA, 25-27 OKTOBER 2009
 
 
Perdana Menteri New Zealand, T.Y.T John Key, akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dari 25 hingga 27 Oktober 2009. T.Y.T John Key akan diiringi oleh T.Y.T Tim Groser, Menteri Perdagangan New Zealand, pegawai –pegawai kanan Kerajaan dan juga lebih dari 60 orang ahli perniagaan dan pegawai eksekutif terkemuka New Zealand. Lawatan Kerja ini merupakan lawatan pertama bagi T.Y.T John Key ke Malaysia sejak beliau mengambil alih pucuk pimpinan sebagai Perdana Menteri New Zealand pada November 2008.
 
2.         Tujuan utama lawatan kerja ini adalah untuk menjalin hubungan rasmi serta peribadi dengan YAB Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri John Key juga dijangka akan menyaksikan majlis menandatangani dan memeterai Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia- New Zealand (MNZFTA) yang akan ditandatangani oleh Y.B Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dan T.Y.T Tim Groser, Menteri Perdagangan New Zealand pada 26 Oktober 2009. MNZFTA ini merupakan Perjanjian Perdagangan Bebas dua hala yang ke-3 yang akan ditandatangani oleh Malaysia bersama negara luar selepas Jepun dan Pakistan.
 
3.         Semasa lawatan tersebut, T.Y.T John Key akan bertemu dengan YAB Dato’ Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya. Kedua-dua Perdana Menteri akan berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama. YAB Perdana Menteri juga akan menghoskan Majlis Makan Malam bagi meraikan T.Y.T John Key pada 26 Oktober 2009.
 
4.         Lawatan rasmi T.Y.T John Key ke Malaysia mencerminkan hubungan kerja yang erat di antara kedua-dua pemimpin yang komited untuk menyemarakkan hubungan dua hala yang sedia ada ke tahap yang lebih unggul.
 
 
Kementerian Luar Negeri, Malaysia
PUTRAJAYA
 
23 Oktober 2009
 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back