SOALAN LAZIM (FAQ): PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) - ONLINE
SOALAN LAZIM (FAQ):
1. PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA)
Permohonan undi pos Kategori 1B (Luar Negara) adalah pemilih-pemilih dengan syarat-syarat seperti berikut:
a. Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya; dan
b. Tinggal di luar negara.
Syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) seperti yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:
a. Bermastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei, dan Kalimantan, Indonesia; dan
b. Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Negeri yang sedang berkuatkuasa.
2. KAEDAH MEMOHON KATEGORI 1B:
Mendaftar akaun MySPR dan memohon undi pos di https//myspr.spr.gov.my/login
3. PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH) LUAR NEGARA
Pengundi yang telah didaftarkan sebagai Pengudi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara dalam kategori berikut:
a. Penjawat awam yang bertugas di luar negara dan pasangannya; dan
b. Pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi di luar negara dan pasangannya.
PTH Luar Negara adalah pengundi pos secara automatik (tidak perlu memohon undi pos) dan tidak boleh mengundi secara biasa pada Hari Mengundi.
Status PTH Luar Negara boleh disemak melalui aplikasi telefon mudah alih "MySPR Semak" atau di portal: https://mysprsemak.spr.gov.my/
Tindakan pengemaskinian alamat dan nombor telefon hendaklah dilaksanakan sekiranya berpindah atau telah kembali ke Malaysia dengan menghubungi talian +603-8892 7218 atau emel kepada pthluarnegara@spr.gov.my.
4. PERTANYAAN BERKENAAN UNDI POS:
Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP)/ Call Centre Spr
Aras 5, Menara SPR
No. 2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel: +603-8892 7080/ +603-8892 7218
Faks: +603-8892 7361/ 7360
Emel: upup@spr.gov.my