Passport Renewal


ISSUANCE AND RENEWAL OF MALAYSIAN TRAVEL DOCUMENTS / URUSAN PENGELUARAN PASPORT MALAYSIA

 

Only a few Malaysian Missions overseas are given the authority to issue traveling documents / passports to Malaysians abroad. For the Consulate General of Malaysia in Karachi, applications may be submitted through the Consulate, which will then forward them to the Immigration Department of Malaysia in Putrajaya for processing.

 

At present, Malaysian Missions authorised to issue the Malaysian International Passport are located in Beijing, Canberra, Jakarta, Jeddah, London, Los Angeles, New York, Singapore, and Washington.

To apply for a Malaysian International Passport, applicants are required to complete the relevant application form and appear in person at the Consulate General of Malaysia in Karachi.

 

Supporting documents required:

  • Identification documents confirming citizenship, such as Birth Certificate, Identity Card, Certificate of Citizenship, and old passport (for renewal cases)
  • Three (3) passport-sized photographs with white background, without spectacles, and with attire in black hijab or black shirt

 

Fee:

  • RM 200.00 for a 50-page passport

 

***** 

 

URUSAN PENGELUARAN PASPORT MALAYSIA

 

Pasport 50 muka surat    -           RM200.00

Perakuan Cemas            -           RM50.00

 

Diskaun 50% kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun dan Pelajar Tajaan Kerajaan Malaysia di bawah 21 tahun. Orang Cacat (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan boleh mengemukakan Kad Pendaftaran dikecualikan bayaran.

 

Permohonan Gantian Pasport Malaysia

 

Warganegara Malaysia di Karachi boleh memohon untuk mendapatkan dokumen perjalanan Malaysia yang baru di Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi. Sejak Malaysia memperkenalkan Pasport Malaysia Edisi Baru (Machine Readable Passport) lanjutan tempuh (Renewal and Extention) tidak lagi dipraktikkan. Semua permohonan hendaklah di keluarkan pasport baru. Proses pengeluaran Pasport baru dilakukan di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

 

  • Pemohon perlu hadir sendiri ke Konsulat Jeneral Malaysia Karachi.
  • Dokumen pengenalan diri yang mengesahkan kewarganegaraan seperti Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Kewarganegaraan, dan pasport lama (untuk pembaharuan)
  • Tiga (3) keping gambar berukuran pasport berlatar belakang putih, tanpa cermin mata, dan memakai pakaian seperti tudung hitam atau baju hitam

Salinan Pasport yang dipegang (muka surat pertama yang mengandungi butir peribadi pemegang dan pada muka surat yang mengandungi Kebenaran Khas daripada Pihak Berkuasa Tempatan seperti Visa Tinggal, Visa Belajar, Visa Permit Kerja, Pas Tanggungan atau Permit Jangka Panjang.

 

Bagi kes-kes yang meragukan, undang-undang Malaysia membenarkan Pegawai Imigresen atau mana-mana Pegawai Konsulat yang diberikan kuasa menguruskan pengeluaran pasport, boleh meminta apa-apa dokumen yang difikirkan boleh membantu siasatan.

 

Bagi mengendalikan kes kehilangan kerana kecurian, tercicir, terbakar atau hilang dalam simpanan, sesalinan Repot Polis daripada Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah diperolehi dan disahkan. Kes kehilangan yang dilaporkan hendakalah disokong dengan Surat Akaun Sumpah yang ditandatangani oleh Pihak Berkuasa Malaysia (jawatan Konsul Muda keatas). Bagi kes kehilangan, Perakuan Cemas akan dikeluarkan untuk pulang ke Malaysia atau untuk diselaraskan dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan 'legalise the stay'.

 

Cap jari kanan hendaklah dirakamkan dengan jelas, jika sekiranya ibu jari kanan kudung atau cacat, ibu jari kiri boleh digunakan. Jika sekiranya tiada kedua-dua ibu jari, maka mana-mana jari boleh diambil rekod dengan syarat catitan hendaklah dibuat (kudung, cacat dan sebagainya).

 

Bagi Pemohon dibawah 18 tahun, keizinan ibu bapa atau penjaga yang sah hendaklah diperolehi dengan cara menandatangani ruang yang berkenaan pada borang permohonan.

 

Bagi kes yang mana pemegang masih mempunyai pas atau permit yang sah, salinan asal pasport hendaklah dikembalikan kepada pemohon dan akan dikutip kembali setelah pasport gantian diterima. Setelah mendapat gantian, pasport lama hendaklah dibatalkan dan dikembalikan kepada penama. Bagi pasport lama yang masih mempunyai Visa, Pas atau Permit, dinasihatkan kepada pemegang pasport untuk selaraskan Permit/Pas berkenaan ke pasport baru di Pihak Berkuasa Tempatan.

 

*****