Mission News

Program Konsular Prihatin Bersama Rakyat Malaysia Sempena Aidiladha 2026

29 May 2026 1 views

PROGRAM KONSULAR PRIHATIN BERSAMA RAKYAT MALAYSIA SEMPENA AIDILADHA 2026

Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi telah berjaya menganjurkan Program Konsular Prihatin Bersama Rakyat Malaysia pada 27 Mei 2026.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan rakyat Malaysia di perantauan, di samping mendekatkan perkhidmatan konsular serta memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.

Rakyat Malaysia yang hadir terdiri daripada golongan profesional, pelajar, pegawai Konsulat serta ahli keluarga. Program dimulakan dengan Solat Sunat Aidiladha, diikuti sesi taklimat konsular dan pelaksanaan ibadah korban.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, para peserta turut menikmati juadah pot-luck yang disediakan oleh komuniti Malaysia dalam suasana penuh muhibah, harmoni dan kebersamaan.

Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi kekal komited untuk terus memperkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia di Pakistan serta memupuk semangat perpaduan dan kecintaan terhadap negara.

Share:
Link copied to clipboard
Back