Mission News

MAJLIS RESEPSI SAMBUTAN ULANGTAHUN 53 TAHUN KEMERDEKAAN MALAWAKIL PORT MORESBY

22 October 2010 1 views

Majlis Resepsi Sambutan Ulangtahun 53 Tahun Kemerdekaan Malawakil Port Moresby

 
Majlis Resepsi Sambutan Ulangtahun 53 tahun Kemerdekaan telah diadakan di Hotel Crowne Plaza, Port Moresby, Papua New Guinea pada 10 September 2010.
 
Majlis tersebut telah diadakan dengan penuh gilang gemilang yang dihadiri oleh kira-kira 250 orang tetamu terdiri daripada diplomat, para pegawai Kerajaan Papua New Guinea, rakyat tempatan serta warganegara Malaysia. Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Papua New Guinea Grand Chief, Sir Michael Somare.
 
Majlis bermula pada jam 7.00 petang, dimulai dengan ucapan Hari Kemerdekaan oleh PYT Pesuruhjaya Tinggi kepada para tetamu. Ketua Protokol daripada Jabatan Luar Negeri Papua New Guinea, Mr. Jimmy Ovia memberi ucapan balas dan seterusnya PYT Datin Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Ketua Protokol memberi ‘toast’ sebagai simbolik Hari Kemerdekaan. Selepas itu diikuti dengan Sesi Pemotongan Kek oleh Perdana Menteri Papua New Guinea, PYT Pesuruhjaya Tinggi dengan Ketua Protokol dan beberapa tetamu kehormat. Tayangan video ‘Malaysia Truly Asia’ dan ‘Malaysia My Second Home’ dari mula sehingga tamat majlis untuk tontonan para tetamu. Lagu-lagu patriotik juga telah dimainkan. 
 
Memandangkan tanggal 10 September 2010 juga adalah Hari Raya Aidilfitri, PYT Pesuruhjaya Tinggi mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ kepada semua hadirin yang berugama Islam.  Lagu-lagu Hari Raya juga telah dimainkan.
 
MW Port Moresby
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
      
 
  
   
 
   
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back