Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan mengenai tatacara dan tarikh-tarikh penting berhubung permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRU DUN Ke-15 bagi Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Ini adalah lanjutan daripada penamatan penggal DUN bagi negeri-negeri tersebut.
Sehubungan itu adalah dimaklumkan bahawa permohonan undi pos bagi semua Kategori termasuk Kategori 1B – Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan PRU DUN Ke-15 AKAN MULA DIBUKA PADA 15 JUN 2023 (KHAMIS). Permohonan undi pos hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang MySPR Daftar melalui pautan berikut https://myspr.spr.gov.my/login atau di portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my/.
Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
- Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR di mana-mana Bahagian Pilihan Raya; dan
- Tinggal di Luar Negara.
Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), para pengundi pos berkenaan boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan pengundi pos tersebut.