Pada 29 November 2013, Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah menganjurkan Majlis Bersama Rakyat Malaysia di Restoran The Wok’s. Program ini telah dihadiri oleh seramai 60 tetamu yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang bekerja di Papua New Guinea, majoritinya terdiri dari ahli perniagaan dan pelabur dan yang bekerja dengan syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat korporat antarabangsa. Pada sesi jamuan ini, pegawai Perwakilan berkesempatan untuk meninjau kehidupan dan kebajikan rakyat dari Malaysia setempat di samping bertukar-tukar pandangan mengenai berita Malaysia dan berita-berita semasa di PNG di dalam konteks mengeratkan hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan tuan rumah. Majlis ini juga memberikan peluang kepada TYT Pesuruhjaya Tinggi yang baru tiba di Port Moresby pada 8 Oktober 2013 berkenalan dan beramah mesra dengan rakyat Malaysia.