Mission News

Eksport Malaysia ke Qatar Meningkat

06 February 2010 1 views

Eksport Malaysia ke Qatar Meningkat

Perdagangan dua hala dengan Qatar meningkat walaupun perdagangan negara menurun sebanyak 16.6 peratus pada tahun 2009 berbanding tahun sebelumnya kepada RM988.24 bilion berikutan kemelesetan ekonomi global.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, "Selain China, eksport ke Qatar turut meningkat 138.6 peratus dengan nilai RM1.92 bilion berbanding tahun 2008 yang disumbangkan oleh kenaikan eksport kelengkapan pengangkutan seperti kapal suar serta kren terapung yang biasanya digunakan dalam industri gas dan minyak".

Beliau berkata demikian pada taklimat mengenai prestasi dagangan Malaysia 2009 di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Share:
Link copied to clipboard
Back