Mission News

HEBAHAN PELAKSANAAN MISI MALAYSIA #QURANHOUR DI LUAR NEGARA PADA 11 MUHARAM 1442H/30 OGOS 2020

23 August 2020 1 views
HEBAHAN PELAKSANAAN MISI MALAYSIA #QURANHOUR DI LUAR NEGARA PADA 11 MUHARAM 1442H/30 OGOS 2020
Untuk makluman, Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) yang bernaung dibawah Kumpulan Media Karangkraf akan menganjurkan World#QuranHour pada 30 Ogos 2020 /11 Muharam 1442H bersama misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah dengan pembinaan 12 Personaliti ‘Ibadurrahman berteraskan Surah Al-Furqan ke arah Malaysia Harmoni.
Sehubungan itu, pihak Kedutaan mengalu-alukan penganjuran program World#QuranHour 1442H dengan tema Malaysia Harmoni dan Surah Temanya adalah Surah Al-Furqan, 25:63-77.
Kesemua rakyat Malaysia adalah dialu-alukan untuk sama-sama menyokong program tersebut dengan menganjurkan program #QuranHour bersama ahli keluarga / rakan-rakan di Kediaman masing-masing. Walau bagaimanapun, pihak Kedutaan menasihatkan penganjuran program ini perlu mematuhi peraturan yang telah di tetapkan oleh negara Tuan rumah yang menghadkan perhimpunan (kurang 10 orang) dan mengamalkan penjarakan fizikal sepanjang berlangsungnya program tersebut.
Pihak Kedutaan juga akan menganjurkan program ini di premis Malawakil yang melibatkan Pegawai dan Staf Kedutaan pada 30 Ogos 2020.
Pihak Tuan/Puan dialu-alukan untuk tag FB Malawakil Doha, QuranHour dan juga hashtag #QuranHour 1442H / 2020.
 
Share:
Link copied to clipboard
Back