Mission News

Majlis Sambutan Hari Keputeraan DYMM SPB YDP Agong di Kedutaan Besar Malaysia, Doha, Qatar

13 June 2009 1 views

Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Keputeraan DYMM SPB YDP Agong pada hari Jumaat, 5 Jun 2009. Seramai lebih daripada 300 rakyat Malaysia dan wakil media tempatan telah hadir ke perkarangan Kedutaan Besar bagi sambutan tersebut.

 

 

Majlis diadakan dengan bacaan doa selamat, diikuti oleh nyanyian lagu Negara-Ku. Y.Bhg. Dato’ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Duta Besar Malaysia ke Qatar kemudiannya menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya memotong kek bersama isteri, Y.Bhg. Datin Izdina Izaidin.

 

 

Semua yang hadir dijamu dengan pelbagai juadah Malaysia antaranya sate, kari ayam, rendang daging, mee hoon goreng dan pelbagai jenis manisan.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back