Mission News

MAKLUMAT AM KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA DI QATAR

07 January 2020 1 views

MAKLUMAT AM KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA DI QATAR

Seperti yang dimaklumkan oleh media tempatan dan antarabangsa, situasi di rantau Asia Barat terutamanya di Iraq dan Iran menunjukkan adanya potensi konflik. Walaupun Qatar tidak terlibat secara langsung dalam konflik tersebut, pihak Kedutaan ingin menasihatkan warganegara Malaysia untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa keselamatan tempatan dari semasa ke semasa. Maklumat-maklumat penting yang perlu diketahui oleh warganegara Malaysia di Qatar adalah seperti berikut:

1) Sentiasa mengikuti perkembangan terkini situasi di Qatar menerusi sumber-sumber yang sahih oleh Kerajaan Qatar. Elakkan daripada mempercayai maklumat-maklumat mencurigakan yang dikongsi melalui media-media sosial;

2) Mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Qatar bagi mana-mana rakyat Malaysia yang masih belum melakukannya. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Kedutaan Besar Malaysia di Qatar melalui emel atau secara tangan ke alamat Kedutaan seperti mana di bawah. Borang pendaftaran boleh dimuat turun di https://www.kln.gov.my/web/guest/related-form;

3) Sentiasa membawa dokumen-dokumen peribadi seperti Qatar ID atau pasport (dokumen asal atau salinan). Dokumen-dokumen tersebut perlu dipastikan mempunyai tempoh sah laku;

4) Selalu mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan seperti polis; dan

5) Mendapatkan maklumat terkini daripada media sosial Kedutaan Besar Malaysia di Qatar sama ada melalui laman portal (https://www.kln.gov.my/web/qat_doha), Facebook (https://www.facebook.com/MalaysianEmbassyDoha) dan Twitter (@MYEmbDoha).

Talian untuk dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan adalah +974 3374 6733 atau emel ke mwdoha@kln.gov.my atau terus ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Qatar di alamat No. 334, Lusail Street 223, Zone 66, West Bay, PO Box 23760, Doha, Qatar.

Sekian.

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
DOHA, QATAR

7 JANUARI 2020

Share:
Link copied to clipboard
Back