Kedutaan Besar Malaysia di Doha telah menganjurkan ‘Quran Hour’ pada 30 Ogos 2018 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia bermula dari jam 5.30 petang hingga jam 8.00 malam.
Majlis dimulai dengan solat Maghrib diikuti dengan bacaan Surah Al-Naml dan tazkirah serta diakhiri dengan jamuan makan malam yang dihadiri oleh Duta Besar serta kakitangan kedutaan dan juga rakyat Malaysia yang berada di Doha.