
Kedutaan Besar Malaysia di Doha dengan kerjasama Katara akan mengadakan Malaysians in Qatar Visual Arts Exhibition pada 20 Mei – 1 Jun 2023 jam 10.00 pagi – 10.00 malam di Building 47 (Gallery 1 & 2), Katara https://maps.google.com/maps...
Seramai empat orang pelukis dan lima orang jurugambar warganegara Malaysia yang bekerja dan menetap di Qatar akan mempamerkan 34 hasil seni mereka yang menonjolkan keunikan dan kepelbagaian budaya dan landskap di Malaysia termasuk beberapa hasil seni berkaitan Qatar dari kaca mata mereka.
Komuniti Malaysia dijemput untuk melawat dan menjayakan pameran tersebut