Mission News

BAZAAR 1 MALAYSIA, KONSULAT JEDDAH, 14.2.13

19 February 2013 2 views

JEDDAH: Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah telah menganjurkan Bazaar `1 Malaysia’ dengan meriah dan jayanya pada 14 Februari 2013 bertempat di perkarangan Konsulat. Majlis yang menjadi pembuka tirai tahun 2013 ini dirasmikan oleh Tuan Konsul Jeneral dan mendapat sambutan lebih 800 orang warga Malaysia dan keluarga dari pelusuk Wilayah Barat, Arab Saudi terutamanya dari Jeddah, Mekah, Yanbu dan Madinah. Bazaar yang berkonsepkan gerai jualan pelbagai aneka makanan, minuman, pakaian dan kraf dimeriahkan dengan Tayangan Filem Melayu.

 

Mengambil kesempatan kehadiran ramai warga Malaysia, pihak Konsulat juga membuka kaunter penerangan konsular yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran warganegara dan semakan daftar pemilih serta pengesahan pengundian pos luar negara. Acara diplomasi awam ini bermula jam 5 petang hingga jam 12 tengah malam jelas dapat merapatkan silaturahim dan ukhuwah warga Malaysia serta menghidupkan suasana `1 Malaysia’ di Jeddah. Syabas kepada Konsulat Malaysia, Jeddah!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back