Mission News

CERAMAH PERDANA OLEH AL FADHIL UST. MOHD KAZIM HJ. ELIAS AL HAFIZ

03 April 2012 1 views

JEDDAH – 30 Mac 2012: Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah telah menganjurkan  satu Ceramah Perdana bertajuk `Perpaduan Yang Dituntut oleh Islam: Masyarakat Malaysia di Perantauan’ yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Kazim Hj. Elias Al Hafiz. Ceramah oleh Ustaz Kazim yang julung-julung kalinya di adakan oleh Konsulat telah menarik kehadiran lebih 150 orang rakyat Malaysia dari Jeddah dan Mekah. Program ceramah bermula selepas Isyak jam 8.25 malam dan selesai pada jam 10.30 malam dengan ucapan terima kasih dari Tuan Konsul Jeneral serta penyampaian derma ikhlas dari warga HBS Wisma Putra, PERWAKILAN Wanita Jeddah, Tabung Haji dan hadirin yang hadir pada malam tersebut.

 

Para hadirin juga telah dijamu dengan jamuan ringan berupa mee hoon goreng, kuih-muih melayu dan minuman panas yang disediakan oleh PERWAKILAN Wanita Jeddah. Semua yang hadir nyata amat berterima kasih kepada Tuan Konsul Jeneral dan Konsulat yang telah menganjurkan satu program perkongsian ilmu secara cekap dan professional dengan menjemput seorang penceramah yang amat diminati dan disegani seperti Al Fadhil Ustaz Kazim.

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back