JEDDAH : Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah dengan kerjasama Tabung Haji telah menganjurkan satu Ceramah Perdana bertajuk `Bagaimana Mengekalkan Kemambruran Haji’ bertempat di bangunan konsulat pada 11 Oktober 2012. Program ceramah telah dikendalikan oleh Imam Muda Saudara Shahrul Faizie dari TV Al-Hijrah dengan dua orang ahli panel iaitu Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Haji Ahmad, Ketua Pembimbing/Pakar Rujuk Tabung Haji merangkap Mufti Kerajaan Pulau Pinang dan Haji Razali Haji Shahabudin, Ahli Jawankuasa Pembimbing/Pakar Rujuk Tabung Haki merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Ihsan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program diplomasi awam konsulat ini telah dihadiri oleh 150 warganegara Malaysia yang diakhiri dengan jamuan ringan berupa mee hoon goreng, nasi lemak, kuih-muih melayu dan minuman panas yang disediakan oleh PERWAKILAN Wanita Jeddah. Kaunter menabung yang dkendalikan oleh Tabung Haji juga disediakan bagi warganegara yang ingin menabung sempena ceramah tersebut.