DATUK DR.MASHITAH BERTEMU PERWAKILAN JEDDAH
YB Senator Datuk Dr.Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melawat ke Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah pada 19 April 2008 untuk bertemu ahli-ahli Persatuan Wanita (PERWAKILAN) dan memberi ceramah bertajuk “Wanita sejati, Ibu mithali, keluarga harmoni“.
PERWAKILAN bertuah kerana berpeluang mendengar nasihat dan panduan Dr.Mashitah yang terkenal sebagai penceramah motivasi dan ugama. Beliau yang sedang menunaikan umrah dan ziarah ke Mekah dan Madinah telah meluangkan masa untuk beramah-mesra dengan ahli-ahli PERWAKILAN dan sebilangan wanita Malaysia yang bermastautin di Jeddah. Aktiviti tersebut juga dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Wanita Konsulat Brunei Darussalam, Jeddah. Selepas majlis syarahan, para hadirin telah dijamu dengan hidangan Malaysia yang disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN.
KONSULAT JENERAL MALAYSIA
JEDDAH
20 APRIL 2008