Mission News

HARI TERBUKA 1 MALAYSIA KONSULAT JEDDAH, 2.2.12

13 February 2012 1 views

JEDDAH: Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah telah menganjurkan Hari Terbuka `1 Malaysia’ dengan meriah dan jayanya pada 2 Februari 2012 bertempat di perkarangan Konsulat. Majlis yang menjadi pembuka tirai tahun 2012 ini dirasmikan oleh Tuan Konsul Jeneral dan mendapatkan sambutan lebih 600 orang warga Malaysia dan keluarga dari pelusuk Wilayah Barat, Arab Saudi terutamanya dari Jeddah, Mekah, Yanbu dan Madinah. Hari Terbuka yang berkonsepkan gerai jualan pelbagai aneka makanan, minuman, pakaian dan permainan rakyat Malaysia dimeriahkan dengan acara `Malaysian Got Talent’ dan Tayangan Filem Perdana berjudul Hikayat Merong Mahawangsa. Mengambil kesempatan dengan kehadiran ramai professional Malaysia yang bekerja di Jeddah, satu sesi penerangan program TalentCorp `Returning Expert Programme’  juga dianjurkan.

 

Pihak Konsulat juga membuka kaunter penerangan Konsular yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran warganegara dan semakan daftar pemilih melalui talian SPR. Di samping MATRADE dan Tabung Haji juga membuka kaunter penerangan dan promosi masing-masing. Pelbagai hadiah dan acara-acara sukan bagi segenap umur dan jantina yang disediakan termasuk `Acara Cabutan Bertuah’ telah membawa program ini yang bermula jam 5 petang hanya tamat pada jam 12 tengahmalam. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Konsulat yang berjaya menganjur program diplomasi awamnya dan menghidupkan suasana `1 Malaysia’ di Jeddah.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back