Terima kasih atas segala maklum balas, pandangan dan ruang masa yang diberikan kepada Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Jeddah untuk menilai semula kebolehlaksanaan penganjuran Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
Justeru, sukacita dimaklumkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 akan diteruskan dengan perubahan tarikh seperti berikut:
Tarikh: 26 September 2025 (Jumaat)
Waktu: 7.30 Malam - 10.00 Malam
Lokasi: Perkarangan Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah, Arab Saudi
Tema Pakaian: Batik / Pakaian bercirikan patriotik Malaysia
Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sebelum ini oleh pihak KJM, termasuk pertandingan video, kuiz, dan cabutan bertuah akan diteruskan.
1) Pertandingan Video - Malaysia Madani: Rakyat Disantuni
Rakyat Malaysia yang berminat menyertai pertandingan ini dikehendaki menghasilkan video kreatif yang menzahirkan kecintaan terhadap Malaysia, warisan budaya, sejarah, dan nilai-nilai kebangsaan selaras dengan Tema Hari Kebangsaan 2025. Video yang dihasilkan perlu menepati konsep “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”. Pemenang akan diumumkan dalam majlis tersebut. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
2) Kuiz Merdeka
Rakyat Malaysia yang hadir di majlis pada 26 September 2025 dijemput menyertai kuiz ini.
Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada program dan terma pertandingan di gambar-gambar yang dilampirkan sekali lagi untuk rujukan.
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, jemputan adalah terhad kepada 300 orang jemputan terawal yang mendaftar. Oleh itu, mohon jasa baik untuk mengisi semula borang pengesahan kehadiran seperti berikut: https://forms.gle/JiR7L9Co7qX8xrmK6
Semoga kehadiran YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan semua akan memeriahkan lagi majlis ini. KJM Jeddah merakamkan penghargaan atas kesabaran dan sokongan berterusan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan kepada kami.
# Potluck adalah dialu-alukan #
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
Konsulat Jeneral Malaysia
Jeddah, Arab Saudi


