Sumber: Berita KJM
JEDDAH: Konsulat dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Konsulat telah menganjurkan Kejohanan Bowling Hari Merdeka Ke- 55 secara meriah walaupun sederhana bertempat di Jeddah Lane pada 13 September 2012. Majlis diadakan mulai jam 8.30 pagi -12.30 tengahari dihadiri oleh 70 orang yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Konsulat, Agensi-agensi Kerajaan dan warga Malaysia serta keluarga yang bermastautin di Jeddah.
Majlis di mulai dengan acara Nyanyian 'Negara Ku' yang diketuai oleh Konsul Jeneral, Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak, diikuti ucapan ringkas Konsul Jeneral dan acara memotong kek Hari Merdeka. Seterusnya Kejohanan Bowling bermula yang di sertai oleh hampir 50 peserta lelaki dan wanita dewasa dan kanak-kanak. Para peserta bukan sahaja berpeluang memenangi hadiah-hadiah pertandingan tetapi juga pelbagai hadiah-hadiah lain dalam acara `cabutan bertuah’. Tahniah diucapkan kepada Konsulat dan KSK dalam menganjurkan majlis tersebut yang nyata dapat merapatkan hubungan silaturahim dan perpaduan di kalangan warga Malaysia di Jeddah.