15 Februari 2026 - Konsul Jeneral Malaysia, YM Tengku Mohd Dzaraif bin Raja Abdul Kadir telah menerima kunjungan hormat oleh YBrs. Encik Abu Bakar Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.
Melalui sesi ini, kedua-dua pihak berpeluang bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa perdagangan dan pelaburan Malaysia di Arab Saudi, selain memberi ruang untuk membincangkan peluang kerjasama strategik, penyelarasan program promosi perdagangan, serta sokongan perwakilan diplomatik Malaysia dalam memperkasa akses pasaran dan meningkatkan kehadiran syarikat-syarikat Malaysia di rantau ini.

