MADINAH: Pada 21-22 November 2012, Tuan Konsul Jeneral bersama Pegawai-pegawai Konsulat telah mengadakan lawatan konsular ke Madinah bertujuan meninjau hal ehwal dan kebajikan pelajar – pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Islam Madinah (UIM) terutamanya pelajar – pelajar baru yang berjumlah 34 orang yang baru sebulan sampai di Madinah. Di kesempatan itu juga, pegawai-pegawai Konsulat telah juga mengadakan perjumpaan dengan barisan Exco Persatuan Pelajar Malaysia di UIM iaitu PERSADA. Bagi pelajar-pelajar baru, satu sesi penerangan dan taklimat konsular di adakan bagi memberi penjelasan menyeluruh berkenaan tugas dan peranan Konsulat dalam membantu pelajar-pelajar sepanjang mereka berada di Arab Saudi. Dengan ketibaan seramai 34 orang pelajar baru, jumlah pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di UIM kini berjumlah 205 orang.