MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI SPB YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SPB RAJA PERMAISURI AGONG BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI JEDDAH.
Satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri SPB Yang Di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong bersama rakyat Malaysia di Jeddah telah diadakan di Qasr Ballroom, Hotel Hilton Jeddah pada 23 September 2009, bermula jam 11.00 pagi. Majlis yang diadakan pada Hari Raya keempat itu telah dihadiri oleh lebih 300 orang rakyat
Majlis dijalankan dengan aturcara yang teratur dan meriah. Selepas keberangkatan tiba SPB Yang Di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong, doa dibacakan diikuti oleh ucapan alu-aluan TYT Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi. SPB Yang Di-Pertuan Agong seterusnya berkenan menyampaikan titah.
Selepas jamuan makan, SPB Yang Di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong berkenan menerima mengadap rakyat
SPB Yang Di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong juga berkenan mengurniakan cenderahati kuih raya kepada semua rakyat
SPB Yang Di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong membuat lawatan ke Jeddah dari 22-24 September 2009, di atas jemputan Raja Abdullah sempena Perasmian King Abdullah University of Science and Technolgy(KAUST).
KONSULAT JENERAL
JEDDAH
28 SEPTEMBER 2009@$