Pada 10 Oktober 2025, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara 2025 di pekarangan Canseri. Lebih 200 orang rakyat Malaysia yang menetap di wilayah barat Arab Saudi (Hijazi) hadir ke majlis ini.
Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Encik Roslan Sharif, Konsul Jeneral. Pelbagai aktiviti sukan dan riadah dianjurkan, antaranya bola tampar, sepak takraw, badminton, ping-pong dan karom.
Seiring dengan tema Hari Sukan Negara 2025 iaitu “Malaysia Aktif”, Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah menjemput semua rakyat Malaysia Hijazi untuk membudayakan sukan menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.
Selamat menyambut Hari Sukan Negara 2025!
#HSN2025 #MalaysiaAktif





