Mission News

MALAM MESRA MALAYSIA RAPATKAN SILRATULRAHIM

29 March 2009 1 views

 

 

Konsulat Jeneral Malaysia dengan kerjasama Kelab Malaysia Jeddah(KMJ) dan MTD-ACPI telah mengadakan Malam Mesra Malaysia 2009 di perkarangan Konsulat di Al-Rihab pada Khamis 19 Mac 2009.

 

Malam tersebut juga adalah satu penghargaan kepada kumpulan pekerja-pekerja Syarikat MTD-ACPI yang akan menamatkan tugas mereka di Arab Saudi. MTD-ACPI adalah sebuah syarikat kontraktor Malaysia yang menjalankan kerja-kerja pembinaan struktur kompleks Jamarat di Mina.

 

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah dalam ucapannya telah mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Syarikat MTD-ACPI kerana telah mengharumkan nama Malaysia dengan perkhidmatan yang professional dan berjaya menyiapkan tugasan mereka dengan baik walaupun dalam keadaan yang cukup mencabar.

 

Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh lebih 500 orang rakyat Malaysia dan keluarga mereka. Selain menikmati jamuan, para hadirin juga telah dihiburkan oleh beberapa persembahan nyanyian oleh rakyat Malaysia.

 

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA

JEDDAH

 

20 MAC 2009

Share:
Link copied to clipboard
Back