Jeddah, 12 Jan 2014 – Perwakilan Jeddah telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi tahun 2014 pada minggu kedua dalam bulan Januari. AGM tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran Penaung Perwakilan Jeddah, En. Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak dan Pengerusi Perwakilan Jeddah, Puan Aniza Khalid. Bagi tahun 2014, Perwakilan Jeddah telah menerima 2 ahli baru yang menjadikan jumlah semua ahli seramai 14 orang.
Mesyuarat yang diadakan di dewan serbaguna Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah telah dimulakan dengan ucapan Puan Pengerusi yang merumuskan aktiviti yang telah berjaya dijalankan pada tahun 2013 disamping pengharapan bagi tahun 2014. Tuan Penaung Perwakilan Jeddah turut memberi ucapan menyatakan rasa gembira di atas prestasi yang ditunjukkan semua ahli dan seterusnya merasmikan AGM Perwakilan Jeddah Tahun 2014.
Puan Pengerusi turut menyatakan perasaan puas hati dengan perlantikan AJK bagi tahun 2013 dan mencadang untuk mengekalkan AJK berkenaan dengan tambahan beberapa nama-nama baru. Setiap ahli Perwakilan Jeddah dengan rasa berbesar hati bersetuju memikul tanggungjawab yang digalas.
Setiap ahli telah diberikan sepasang jubah Syria sedondon sebagai penghargaan ke atas komitmen dan dedikasi yang diberikan oleh setiap ahli sepanjang tahun 2013. AGM 2014 turut diselitkan dengan sambutan ulang tahun ahli Perwakilan Jeddah yang lahir pada bulan Januari dengan acara potong kek dan upacara menangkap gambar.
Senarai Ahli Perwakilan Jeddah Tahun 2014
Penaung | : | Tuan Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak |
Pengerusi | : | Puan Aniza Mohamad Tamil |
Naib Pengerusi 1 | : | Puan Nurshafina Mohd Yusoff |
Naib Pengerusi 2 | : | Puan Norzainita Omar |
Setiausaha | : | Puan Nurshafina Mohd Yusoff |
Penolong Setiausaha | : | Puan Raina Rashid |
Bendahari | : | Puan Farah Noor Diyana Ramlan |
Penolong Bendahari | : | Puan Norazah Mohd Tahir |
AJK Biro Aktiviti & Kebajikan | : | Puan Norsham Sulaiman Puan Kamariah Abd Ghani Puan Siti Mariah Saad |
Ahli Biasa | : | Puan Khairunnisa Abdul Rais Puan Noremy Md. Sidek Puan Shahrul Samhaini Mohameddin Puan Siti Norhayah Firdaus Puan Wati Arbi |