Mission News

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN JEDDAH 2012

18 January 2012 1 views

PERWAKILAN Jeddah telah mengadakan Mesyuarat Tahunannya yang ke -23 bagi Sesi 2012/2013 pada 18 Januari 2012 bertempat di Bangunan Konsulat. Encik Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak, Konsul Jeneral merangkap Penaung/Penasihat PERWAKILAN Jeddah telah merasmikan Mesyuarat tersebut yang juga dihadiri oleh semua Ketua-ketua Jabatan Agensi dan Pegawai-pegawai Konsulat.

 

 

Konsul Jeneral dalam amanatnya telah menyeru semua ahli-ahli PERWAKILAN untuk mempertingkatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan masyarakat ekspatriat dan antarabangsa yang secara tidak langsung membantu dalam menaikkan nama baik negara.  Pengerusi PERWAKILAN Jeddah, Puan Aniza Khalid dalam ucapan aluannya menyarankan agar PERWAKILAN melaksanakan program-program yang dapat memanfaatkan ahli-ahlinya secara kolektif dengan penuh semangat silaturrahim dan ukhwah.  Semua hadirin kemudiannya menikmati jamuan sarapan pagi yang disusuli dengan Mesyuarat Agung Tahunan PERWAKILAN.

 

Tahniah dan syabas kepada barisan EXCO PERWAKILAN Sesi 2012/2013.

Share:
Link copied to clipboard
Back