Assalamualaikum WBT,
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
1. Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Jeddah sentiasa memantau perkembangan dan keadaan terkini di rantau ini.
2. Situasi di seluruh Arab Saudi pada ketika ini adalah selamat dan terkawal.
3. Namun, rakyat Malaysia di Arab Saudi dinasihatkan supaya peka dengan perkembangan semasa dan diminta kekal tenang.
4. Elakkan menulis sebarang perkara yang boleh ditafsir sebagai mengganggu elemen ketenteraman di sini (di mana ia merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang tempatan).
5. Mohon rakyat Malaysia yang berada di wilayah barat Arab Saudi segera mendaftar dengan KJM Jeddah (melalui pautan yang disertakan) jika masih belum berbuat demikian. https://forms.gle/GxprFan1caWdtt677
6. Bagi rakyat Malaysia yang akan melakukan perjalanan udara, mohon semak jadual penerbangan yang terkini bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
7. Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkuasa mengenai situasi semasa di mana sebarang perkembangan penting yang memerlukan tindakan lanjut akan dimaklumkan dengan segera.
Sekian, terima kasih.
Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah

