Mission News

NOTIS KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI WILAYAH BARAT ARAB SAUDI, 28 FEBRUARI 2026

28 February 2026 1 views

1. Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Jeddah sentiasa memantau perkembangan dan keadaan terkini di rantau ini.

2. Situasi di seluruh Arab Saudi pada ketika ini adalah selamat dan terkawal.

3. Namun, rakyat Malaysia di Arab Saudi dinasihatkan supaya peka dengan perkembangan semasa dan diminta kekal tenang. 

4. Elakkan menulis sebarang perkara yang boleh ditafsir sebagai mengganggu elemen ketenteraman di sini (di mana ia merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang tempatan).

5. Mohon rakyat Malaysia yang menetap di Wilayah Barat Arab Saudi dan juga yang melaksanakan umrah dan ziarah, untuk segera memuat turun aplikasi MyWorldAlert bagi memantau situasi semasa dan memudahkan sebarang bantuan diberikan sekiranya perlu.

6. Untuk yang akan melakukan perjalanan udara, mohon semak jadual penerbangan yang terkini dengan syarikat penerbangan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

7. KJM Jeddah sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkuasa mengenai situasi semasa di mana sebarang perkembangan penting yang memerlukan tindakan lanjut akan dimaklumkan dengan kadar segera.

8. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi KJM Jeddah seperti butiran berikut:

          Telefon: +966126727740 (kecemasan sahaja)
          Emel: mwjeddah@kln.gov.my

KONSULAT JENERAL MALAYSIA JEDDAH
28 FEBRUARI 2026

Share:
Link copied to clipboard
Back