1. Susulan konflik yang melanda rantau Timur Tengah, Bilik Operasi KJM Jeddah telah dibuka di Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Jeddah dan mula beroperasi pada hari ini, 2 Mac 2026 jam 9.00 pagi.
2. Bilik Operasi ini adalah bertujuan untuk memantau secara dekat segala perkembangan yang berlaku kepada rakyat Malaysia di Wilayah Barat Arab Saudi yang terkesan terutamanya mereka yang terkandas disebabkan oleh pembatalan penerbangan.
3. Untuk tujuan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Bilik Operasi KJM Jeddah pada bila-bila masa, di butiran seperti berikut:
Telefon: +966 126 727 740 | +966 573 099 589 (beroperasi 24 jam)
Emel: mwjeddah@kln.gov.my
4. Rakyat Malaysia di Arab Saudi dinasihatkan supaya terus peka dengan perkembangan semasa dan diminta kekal tenang.
KONSULAT JENERAL MALAYSIA JEDDAH
2 MAC 2026
