Mission News

PENDAFTARAN PENGUNDI TIDAK HADIR (PTH)

12 December 2011 1 views

Untuk makluman, Pendaftaran Pengundi Tidak Hadir atau PTH kini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan serta memenuhi syarat sepertimana yang termaktub dalam Peraturan 2. Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

 

Sepertimana Peraturan di atas, Pengundi Tidak Hadir (PTH) adalah golongan yang dibenarkan mengundi secara Pos yang terdiri dari anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya.

 

Warganegara Malaysia yang berada di Arab Saudi khususnya di Jeddah yang berkelayakan serta memenuhi syarat seperti yang dinyatakan di atas adalah dialu-alukan untuk mendaftar sebagai PTH di Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah. Syarat serta cara pendaftaran adalah seperti berikut:

 

 

a)         Datang ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah pada waktu pejabat dengan membawa bersama Kad Pengenalan serta Surat / Sijil Pengesahan dari Universiti (bagi pelajar sepenuh masa sahaja).

 

b)         Mengisi Borang Pendaftaran Pemilih (Borang A) yang disediakan dengan lengkap.

 

c)         Semak Borang Pendaftaran yang telah diisi dan pastikan semua maklumat yang diberikan adalah betul sebelum menurunkan tandatangan.

 

d)         Turunkan tandatangan

 

e)         Simpan salinan Borang Pendaftaran (salinan berwarna kuning) sebagai bukti pendaftaran atau sebagai rujukan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih.

 

 

-Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia-

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back