Mission News

PERDAGANGAN DUA HALA MALAYSIA-ARAB SAUDI SEMAKIN MENINGKAT

01 September 2014 1 views

 

Berita RTM1, 29.8.2014

 

Madinah - Jumlah perdagangan Malaysia dengan Arab Saudi semakin meningkat dan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini ia mencatatkan peningkatan 20 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.


Konsul Jeneral Malaysia di Arab Saudi Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Arab Saudi bagi tempoh itu berjumlah AS$2.01 bilion.

Sementara itu, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi meningkat lebih daripada tiga kali ganda pada akhir tahun lepas kepada AS$3.07 bilion daripada AS$955.1 juta pada 2000.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-57.


"Kuantiti eksport Malaysia ke Arab Saudi ialah sebanyak AS$1.086 bilion (4.07 bilion Riyal Saudi) pada 2013.


"Eksport termasuk produk elektrik dan elektronik, industri logam, mesin, alat-alat ganti, kimia dan produk kayu," katanya.


Mohd Khalid berkata import utama Malaysia dari Arab Saudi termasuklah minyak mentah, minyak ditapis dan produk kimia.


Arab Saudi merupakan rakan dagangan ke-19 terbesar dan negara pengimport ke-16 terbesar Malaysia.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back