Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, En. Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak telah mengadakan pertemuan dengan masyarakat Melayu di Mekah pada 22 Julai 2011. Majlis suai kenal dan mengeratkan silaturahim di kalangan pegawai-pegawai Konsulat dan seramai 40 orang masyarakat Melayu ini diadakan di rumah Sheikh Muhammad Al-Qadah di Kakkiah, Mekah yang diakhiri dengan jamuan nasi mandi daging lembu.
Program diplomasi awam Konsulat ini turut disertai oleh semua Ketua-Ketua Jabatan Konsulat dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Prof. Dato’ Dr. Rujhan Mustafa.