Mission News

Perjumpaan Konsul Jeneral dengan Wakil-wakil Pelajar UIM

08 June 2013 1 views

Program perjumpaan Konsul Jeneral dengan wakil Pelajar-pelajar dari Universiti Islam Madinah (UIM) telah diadakan di Dewan Makan Al-Raudhah, Hotel Al-Haram, Madinah al-Munawwarah pada 30 Mei 2013.  Program ini melibatkan 11 orang wakil pelajar  UIM yang diketuai oleh Saudara Mohd Farid Onn selaku YDP dan Penasihat Pelajar Madinah, Prof Dr. Norhan. Pihak Konsulat telah diwakili oleh Konsul Jeneral, En. Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak, En. Abdul Razak Sharif, Ketua Canseri dan En. Ramlan Abd Malik, Konsul. Perbincangan yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam bermula jam 5.00 petang telah dipengerusikan oleh Konsul Jeneral yang telah memberikan taklimat dan mendapatkan maklumbalas mengenai isu-isu terkini yang berkaitan dengan mahasiswa Malaysia yang menuntut di UIM.  Antara isu yang dibincangkan adalah berkenaan dengan keputusan Pilihanraya Umum yang ke-13 (PRU13), peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar, isu dan masalah-masalah yang dihadapi dan program-program yang boleh dianjurkan bersama untuk merapatkan hubungan di antara pihak mahasiswa dengan pihak Konsulat.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back