Mission News

PROGRAM UMRAH MENCARI NUR ILLAHI DI TANAH SUCI

28 July 2012 1 views

JEDDAH: Pada 26 Julai 2012, Konsulat telah menerima lawatan 14 orang Pelajar-pelajar dari Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia iaitu sebuah pertubuhan kebajikan yang dinaungi oleh YABhg Datin Sri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri. Rombongan yang  terdiri dari 14 orang Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Setia Budi, Kuala Lumpur , iaitu sebuah sekolah swasta yang ditubuhkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, turut disertai oleh 2 orang pegawai pengiring. Pelajar-pelajar tersebut merupakan kumpulan perintis untuk program Umrah ' Mencari Nur illahi di Tanah suci' iaitu satu program motivasi dalam umrah sebagai sebahagian daripada persiapan pelajar-pelajar terlibat untuk menduduki peperiksaan SPM nanti. Mereka telah sampai pada 17 Julai 2012 dan melakukan ziarah Madinah dan seterusnya umrah di Mekah dan akan berlepas pulang ke tanah air pada 25 Julai 2012.

 

Konsul Jeneral, Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak dan Puan Aniza Khalid serta semua Pegawai-pegawai Konsulat telah menyambut para pelajar-pelajar tersebut seterusnya Konsul Jeneral menyampai penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab Konsulat serta kepentingan hubungan Diplomatik Malaysia dan Arab Saudi. Para pelajar amat berterima kasih dengan lawatan sambil belajar ke Konsulat yang memberi dimensi baru serta inspirasi sebagai persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan SPM kelak.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back