Mission News

RAKAMAN PROGRAM AL-KULIYYAH TV3 DI JEDDAH

13 April 2008 1 views

RAKAMAN PROGRAM AL-KULIYYAH TV3 DI JEDDAH

 

Satu rancangan ugama program Al-Kuliyyah telah dirakamkan di perkarangan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi pada hari Khamis, 10 April 2008. Program tersebut telah dihadiri oleh rakyat Malaysia di Jeddah beserta kakitangan dan keluarga Kumpulan Media Prima yang sedang melawat tanah suci bagi menunaikan Umrah.

 

Ini adalah tahun ke 4, program Al-Kuliyyah dirakamkan di perkarangan Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi. Selain berpeluang mendengar syarahan ugama, program ini dapat juga mengeratkan silratulrahim diantara kakitangan konsulat dan rakyat Malaysia di Jeddah bersama keluarga Kumpulan Media Prima. 

 

Selepas rakaman, para hadirin telah dihidangkan dengan jamuan yang disediakan oleh PERWAKILAN (Persatuan Wanita, Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah).

 

 

 

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA

JEDDAH

 

13 April 2008.

Share:
Link copied to clipboard
Back