RAKYAT
Hampir satu ribu orang rakyat
Tetamu Kehormat adalah Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, TYT Prof.Syed Omar Syed Mohamed Al-Saggaf dan isteri. Beberapa orang artis Malaysia yang sedang mengadakan penggambaran drama di sekitar Makkah, Madinah dan Jeddah turut memeriahkan lagi majlis rumah terbuka tersebut. Mereka termasuklah Erma Fatima dan Eja yang tidak henti dikerumuni peminat mereka di sini.
Pelbagai hidangan dan juadah telah disediakan berkonsepkan gerai-gerai seperti di Malaysia. Setiap gerai dikendalikan oleh agensi-agensi di konsulat termasuk Kelab Malaysia Jeddah(KMJ). Semangat kerjasama “gotong-royong“ menghidupkan lagi suasana Hari Raya dan merapatkan silratulrahim di antara pegawai konsulat bersama rakyat Malaysia.
Majlis diserikan juga dengan nyanyian lagu-lagu “Hari Raya“ dan “nasyid“ oleh pegawai dan kakitangan konsulat.
KONSULAT JENERAL MALAYSIA
JEDDAH
1 November 2008.